Nama : A Dandi
Wijaya
NPM : 201110102
SEMESTER : 4 ( Empat )
Mata Kuliah : AMT ( Persiapan Kerja )
Artikel
Motivasi - Tips Motivasi Diri
Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh
dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri
kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan
seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang
sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.
Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang
lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah
inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di
kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang
dilihat mustahil pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda
sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda
melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.
Tetapkan Impian atau Matlamat.
Tujuan anda untuk berjaya
merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk
merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda
perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai
tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi
jika anda tiada matlamat yang khusus. Bayangkan pemain bola sepak. Adakah
mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka
memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan
mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan
mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.
Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang
jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika
melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan
prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa
seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah
untuk melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan
memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda
dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada
mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika
dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai
matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan
diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang
berbeza. Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti
membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan
standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya
adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.
Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam
perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan
perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk
diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat
perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun
kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang
membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan
dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah
kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa
banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil
langkah yang seterusnya.
Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi
diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat
diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang
boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda
mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu
semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi
hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang
untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda,
masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.
Cara Untuk Memotivasi Diri
Motivasi bukan sesuatu yang mudah
untuk datang, terutama jika keadaan sekeliling anda tidak menuntut anda untuk
sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci
utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Anda tidak boleh main-main di sekolah,
jika tidak anda mungkin tidak akan dapat masuk universiti, dan seterusnya anda
tidak akan mendapat pekerjaan. Dan apabila sudah bekerja, makan gaji atau kerja
sendiri, anda tidak boleh tinggalkan kerja dan duduk berehat di rumah. Anda
perlu lakukan seperti apa yang anda lakukan di sekolah dahulu: mematuhi tarikh
akhir, menyiapkan laporan, dan sebagainya. Secara umum, menjalani kehidupan
dengan bertenaga.
Bagaimana anda boleh memberi
motivasi kepada diri sendiri? Bagi kebanyakan orang yang telah terbakar, ianya
sangat sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang
boleh anda pertimbangkan apabila anda merasakan diri anda sudah tidak larat
lagi untuk pergi lebih jauh atau lebih lanjut:
- Tahu apa sebenarnya yang anda
mahu. Apa yang anda motivasikan diri anda untuk lakukan? Adakah anda hanya mahu
menyelesaikan kerja, atau adakah anda mahu mendapatkan wang yang banyak?
Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu
dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya, dan anda
boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.
- Tetapkan tujuan untuk usaha
yang anda lakukan. Masalah dengan ramai orang adalah mereka bekerja keras
tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang?
Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan
mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa
anda berusaha.
Berusaha untuk mendapat wang yang
banyak adalah matlamat kosong; berusaha untuk wang supaya anda boleh mendapatkan
rumah yang baik dan kereta yang bagus mungkin lebih nyata; berusaha untuk
mendapat lebih banyak wang supaya anda boleh membantu adik-beradik memasuki
universiti, untuk ibu bapa menikmati persaraan mereka, dan sebuah rumah yang
lebih baik untuk keluarga, dan mungkin sebuah kereta mewah untuk diri sendiri…
adalah lebih nyata.
- Bercuti dan berehat.
Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri dari semuanya untuk seketika. Luangkan
masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar tentang situasi
anda.
Jika anda mula lebih kerap penat,
badan anda mungkin memberitahu anda supaya perlahan sedikit, ambil cuti untuk
memulihkan tenaga. Sekurang-kurangnya
pergi bersiar-siar. Anda mungkin mahu mengetepikan sedikit masa setiap hari
untuk anda cas semula diri, supaya anda tidak sentiasa dibebani dengan kerja.
- Jangan takut untuk mengatakan
tidak apabila anda diberikan tugasan lain. Kadang-kadang anda mungkin mempunyai
terlalu banyak kerja dan anda merasa sangat stres sehingga sampai ke satu titik
di mana anda berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda
berada di tahap yang terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam
jangka masa yang panjang.
Beri ganjaran kepada diri sendiri
untuk sesuatu pencapaian. Rancang percutian untuk diri sendiri, atau berjanji
untuk membawa diri anda menonton filem jika anda berjaya menyiapkan kerja anda.
Ganjaran yang kecil seperti makanan ringan dan secawan coklat panas pun
berkesan juga.
Sekian,
semoga tips motivasi diri yang
diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup.
Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda,
berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.
True !!!
ReplyDeleteSetuju sama post nya yang "lupakan masa silam" :D wajib kek nya yg itutuuh :))
ReplyDeleteDitunggu kinjungan baliknya :)